Tuesday, 22 November 2011

Detik Hati Berlagu Rindu

Detik Hati ku..
Dia kah tercipta untuk Mu?..
SubhanALLAH...Indah nya Ciptaan Sang Pencipta...
Cemburu kah Aku??
Sungguh aku cemburu
Kerna aku bukan Dia

Detik Hati ku..

Yakin...Dia untuk Mu


Detik hati ku lagi..
Sekadar memujuk rasa
sekadar merawat lara
moga Dia bisa Bagi bahagia
Pada insan yang pernah bertakhta

Dia Untuk Mu !



Monday, 15 August 2011

MENANGISLAH DI BAHU KU


kau datang padaku seperti biasa
kusambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu

Tuesday, 9 August 2011

Mari Kita Cuba ....!

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkY28-1ylAhCtr0_lpC33KQoDHPuK-peY0X5xuJ8vWTB572CX-o-NOZIsjjwLa-JaKBvllIuYNFgLLhnXrdG-ipqReEoQ4UkpZ2ntTuJu_XusMun08gAwQzdw9iJNWIWxRDSpCXgYzJhc/s320/al-quran-al-kahfi.jpg
Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala.

7 SUNNAH PENTING


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci Rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah  menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah Ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua 

Sunday, 31 July 2011

Insan yang bernama wanita

Tercipta dia dari rusuk kiri lelaki,
Kehadirannya penyeri surga,
Walaupun surga ada segalanya
Adam masih rindukan Hawa,
Muhammad rindukan Khadijah,
Itulah Kebesaran Allah
Telah ditakdirkan setiap orang berpasangan,
Panduan juga telah diberikan,
Agar berbahagia masa hadapan,
Dan bersyukurlah kembali kepada Maha Pencipta Cinta..

Sunday, 17 April 2011

~DOA KU~



YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, kau tetapkanlah imanku, sekiranya dia bukan jodohku, kau akhirkanlah perhubungan ini dengan cara yang mampu aku hadapi dan dengan secepatnya. Sekiranya dia memang jodohku, kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah dengan segera dan kau jauhkanlah kami daripada maksiat. Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah. Sangat lemah melawan nafsu. Namun hanya KAU YA ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Tabahkan hatiku untuk menerima takdirMU

Monday, 4 April 2011

Sunday, 3 April 2011

Thursday, 31 March 2011

Selamat Pengantin Baru


BUAT AWAK DAN PASANGAN

Bismillah.

Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.




IKHLAS,
Liana
31 MAC 2011

Ku Relakan Di Kau Pergi

Wednesday, 30 March 2011


apakah nilai sebuah PERCINTAAN ?
ia terlalu berharga lebih dari intan permata
apakah nilai sebuah UKHWAH ?
ia melebihi dari nilai sebuah NYAWA..

Monday, 28 March 2011

Sunday, 27 March 2011

Saturday, 26 March 2011

Mimpi Semalam


saat ku lena
ku terdengar
nama mu jadi sebutan
hingga aku terjaga

saat ku lelap lagi
tawa dan gurau senda mu
jelas ku dengar
bahagianya aku

saat aku lelap lagi
kau hadir dengan senyuman
seolah petanda cinta itu
milik kita yang abadi

tapi itu hanya lah
mimpi semalam
bagaimana dengan lelapan
di hari esok???

p/s :- saat ku terjaga kau sudah tak ada


Kala Rindu




Rindu yang bertandang
Bukan sengaja aku cari
Rindu yang bertandang
Hanya hadir sendiri

Rindu ini
Akan ku nanti setiap hari
Bertamu dalam sanubari
Menyemarakkan seribu erti

Cebisan rindu ini
Sudah memadai buat aku
Untuk kamu setiap hari..

Tanpamu


TANPA MU
SEPERTI JUGA KAPAL TANPA NAKHODA
TIADA HALUAN DAN TIADA PEDOMAN
AKHIRNYA AKU TERSESAT DI SAMUDERA
LUAS YANG TIDAK BERPULAU

Thursday, 24 March 2011

24 MAC 2011


~mynameisLIA~


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang telah Engkau kurniakan.Terima kasih untuk setiap cubaan dan dugaan yang telah Engkau turunkan.Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMU

Ya Allah, Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa,aku lupa,aku tersilap dan khilaf dalam menafsir setiap kurniaan dan dugaan yang Engkau turunkan kepada ku.Namun begitu besar kasihMU..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut dan merunggut ketika saat-saat lemahku bertandang.Aku tidak pernah menafikan hak MU sebagai Khaliq walau terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMU.Kalau bukan kepadaMU,kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…sesungguhnya aku hanya lah hamba MU yang naïf dan lemah.Adakalanya aku kurang kesabaran.Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut dengan bisikan syaitan.Namun dengan limpah kasih sayangMU,Engkau menyedarkan ku kembali daripada kesesatan yang tak terduga.

Di usia ku ini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMU Ya Rahman.Dalam usia yang makin jauh ini..aku ingin merinduiMU Ya Rahiim..Dalam usia ku ini..aku ingin sekali menyambut panggilan kaabahMU Ya Al Malik.Dalam usia ku ini..apa yang ku inginkan hanyalah ketenangan,kekhusukan beribadah kepadaMU,dan limpahkan kesederhanaan dan kerendahan hati buat diri ku.

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMU ini..pimpinlah hati hambaMU ini..pimpinlah setiap langkah hambaMU ini..agar sentiasa berpijak dia atas jalan kebenaran.Ya Al Quddus…sebagai hambaMU yang hina ini..aku takkan mungkin mencapai tahap kesempurnaan..tapi kasihanilah aku…bimbinglah aku agar sentiasa mampu meniti titian siratulmustakimMU dengan tenang dan mudah tanpa sebarang cela.

Terima Kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.Engkaulah Yang Maha Besar…Peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh di jalan MU.

Ya Allah..terima lah secebis doa hamba yang sedang bermusafir di bumiMU ini Ya Al Mudzill

Amin Ya Rabbul Alamin.





Wednesday, 23 March 2011

st12-Cinta Tak Direstui

Takkan Pisah

Jauh Di Rindu

~kita~


Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa

Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku

Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku

Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu

Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati

Sudah Takdir Begitu

 


hidup ibarat di dalam sangkar
mata terlepas batinku tersiksa
rindu membara dan kian membakar
dipinggir hati yang sengsara

masih tak dapat aku hiaskan
cintamu itu di taman hati ku
kpd Tuhan ku terus berdoa agar kembali ketenangan
walaupun ku sedari hebatnya dugaan
namun hatiku menaruh harapan
seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
saat yang indah bersama dirimu

kasih yang bersarang di hati wangi bagai harum kasturi
seandainya takdir mengizinkan
relanya aku menyambung semula ikatan
yang telah putus dulu
bukan niat kita untuk berpisah
tetapi keadaan yang memaksa
lalu kita pun masih saling merindu
kerana sudah takdirnya begitu

Samudera - Aduh Usahlah Berubah dgn lirik

Thursday, 17 March 2011

KASIHMU PADA KU

Fikiran saya kembali tenang. Bukan kerana masalah telah menghilang tetapi kerana ada teman di kala saya dalam kegelisahan.

Teman yang saya maksudkan adalah sebuah buku yang di hadiahkan oleh seseorang yang pernah mencuri hati saya.Buku ini adalah tanda kasih terhadap saya.Kehadiran buku ini juga tepat pada masa dan situasi diri saya yang gelisah memikirkan si dia yang makin jauh dari saya.Buku ini juga sebagai sumber kekuatan saya untuk bangkit dari kesedihan.


Semalam 16/3/2011.Terkesan di hati saya apabila melihat buku ini dengan nama pengirim pada kertas bungkusan.Ketika si dia semakin jauh mencari sinar bahagia, si dia tetap ingin melihat saya gembira dengan menasihati dan memberi motivasi kepada saya walau dari jarak yang jauh. Pertama kali mengambil buku ini,airmata mengalir laju mengenangkan si dia dan saat membaca pandangan sisi buku ini terasa hati mula merasa sedikit ketenangan lalu airmata mengalir lagi dari celahan kelopak mata apabila membaca perenggan dari bab “SEDIH” (m/s 13)

“kamu mencuba untuk berpisah tetapi tidak boleh,jika kamu diam suaramu tetap terngiang di telinga.Jika kamu pergi bayanganmu masih tersisa di pandangan mata.Saya berusaha memejamkan mata,tetapi bayanganmu masih tetap terlihat.Saya berusaha menyendiri,tapi saya masih mendapatimu.Saya berdiri di depan cermin,kamu masih tetap di depan saya.Ketika saya kembali ke alam realiti,saya tidak melihat kamu”

Buku tulisan Dr. Ibrahim Fiqhy ini bersifat ringan tetapi amat sarat dan padat dengan pesanan dan kupasan-kupasan mengenai kegelisahan dan kesedihan yang melanda umat Islam hari ini.Termasuk diri saya.

Beliau berjaya mengalihkan kegelisahan dan kesedihan yang berupa ujian lalu diubah di minda dan fikiran kita sebagai ibadah yang membawa nilai di sisi Allah Subhanahuwataala.

Penulis juga membentangkan sebuah inspirasi daripada ceramah Syeikh Aidh al-Qarny buat pembaca yang sedang dipeluk gelisah.

Antara inti ceramah tersebut adalah :-

  • Setelah kesusahan pasti ada kemudahan.
  • Berfikir dan bersyukurlah.
  • Apa yang berlalu tidak akan kembali.
  • Harimu...harimu.
  • Biarkanlah masa depan hingga ia datang.
  • Bagaimana menghadapi kritikan pedas?
  • Jangan pernah menunggu ucapan terima kasih daripada orang lain.
  • Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada.
  • Usirlah waktu luang dengan aktiviti.
  • Keputusan dan ketentuan.
  • Buatlah daripada lemon minuman yang nikmat.
  • "Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan." (an-Naml: 62)
  • Ganti daripada Allah.
  • Iman adalah kehidupan.
  • Ambillah madunya dan jangan rosak sarangnya.
  • "Bukankah dengan berzikir dapat mententeramkan hati." (ar-Ra'du: 28)
  • "Atau mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya?"
  • Terimalah hidup apa adanya.
  • Menghiburkan orang yang ditimpa musibah.
  • Solat...solat.
  • "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Ali Imran: 173)
  • "Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi." (al-An'am: 11)
  • "Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)." (Yusuf: 18)

Bagi orang yang beriman, dia kena tahu bahawa Allah jua yang mendatangkan ujian-ujian ini. Jika dirujuk kepada al-Quran, salah satu ujian adalah untuk menguji dan mengasingkan orang beriman dengan orang yang kurang beriman. Wahai orang yang beriman, tolong tengok-tengoklah maksud ayat ini:

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan: Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (al-Ankabut: 2-3)Selaku orang yang beriman, apabila kita ditimpa musibah, kita kena cepat-cepat ingat kepada Allah Taala dan kembali kepada-Nya. Dengan kembali kepada Allah Taala, kita sudah berada di dalam sebuah hamparan bernama ibadah yang sangat luas. Mengambil kesempatan di atas kegelisahan musibah dengan menukar keadaannya itu adalah sebuah kebijaksanaan.

Mukmin yang bijaksana adalah mukmin yang tidak terlalu cepat merungut dan mencari manusia untuk bercerita. Seorang mukmin adalah seorang yang cekal dan tabah mengharungi ujian yang sengaja dibawa di hadapan-Nya. Hatinya penuh tepu dengan Allah Taala kerana sebelum datangnya ujian, dia sudah lama mengenali sifat-sifat Allah Taala.

Allah Taala menguji bukan bermakna Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian.

Memang tepat sekali. Manusia bukanlah tempat mengadu segala masalah kerana manusia juga tetap lemah seperti kita. Sebaliknya Allah Taala adalah sebaik-baik tempat mengadu dan tempat pengharapan bagi menyelesaikan segala bentuk ujian dan masalah.

Dapatkanlah buku ini sebagai panduan untuk kita menukarkan segala kegelisahan supaya bernilai ibadah di sisi Allah Taala.

Wallua'lam.

Harga : RM15.00
Terbitan: Kemilau Publika Sdn Bhd



Tuesday, 15 March 2011

Wangi Sepurnama

Kasih ini..bukan untuk kita tangisi
juga bukan untuk kita biarkan pudar warnanya
lalu berkeping-keping jadinya

Kasih ini adalah jambangan cinta
mengharum mahligai asmara
yang telah kita bina

Menjadikan hari-hari
yang kita lalui
asyik sekali

Sehingga kita alpa
kala ombak menghanyut apa yang terbina

Sesekali kata ego datang membelit diri
menyentap hati kita
merobek rasa yang ada

Kasih...aku lupa
pada syurga mu
yang ku gantung tinggi
aku lupa pada janji-janji kita
menerima mu seadanya
tanpa mengira darjat dan rupa

Kasih...
aku akan setia padamu
walau kau bukan siapa-siapa lagi untuk ku




Nur Amirah Alias


~15 MAC~
"SELAMAT HARI LAHIR KAK NGAH,
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAH KAN REZEKI.
AMIN"

Monday, 14 March 2011

Bukan Pinta ku


AKU tidak memerlukan
Sebuah kehidupan
Yang tak mampu
KAU berikan kepada KU

Yang KU pinta
Bukan segunung permata
Bukan selaut mutiara

Hanya yang KU pinta
Berikanlah AKU sehelai selendang
Yang kainnya cinta
Yang benangnya sayang
Yang warnanya putih bersih

Yang di jahit dengan jarum kasih
Bersulamkan kemesraan
Berendakan keikhlasan

Hidup Ini

Hidup ini INDAH
Walau bersulam lara dan gundah
Kaki mesti terus melangkah
Dalam pencarian sebuah arah
Andai tersadung atau rebah
Bukan bererti mesti mengalah
Bukan sekadar pasrah

Dalam retak menanti belah
Biar langkah terpaksa di papah
Biar segunung cabaran melimpah
"JANGAN SEBUT UNGKAPAN KALAH"